FKEE - Official Portal

FACULTY OF ELECTRICAL &
ELECTRONICS ENGINEERING

Pekan  23 Februari - Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Pekan (PPD) menganjurkan Bengkel Traning of Trainers (TOT) dalam meningkatkan kemahiran  mereka bentuk aplikasi  lego Mindstromkepada guru-guru dari Kelab Robotik Sekolah-sekolah Daerah Pekan  bertempat di Ancasa Royale Pekan, Pekan  baru-baru ini.

Bengkel dua hari  ini disertai seramai 22 orang guru dari 12 buah sekolah rendah dan menengah sekitar daerah  Pekan dengan bimbingan lapan pensyarah FKEE. Majlis dirasmikan Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan PPD Pekan, Kamaludin Abdul Latiff.

Dalam ucapannya beliau menghargai kesungguhan para pensyarah UMP yang banyak membantu pihak PPD dalam berkongsi kepakaran mereka dengan mempelajari set robotik dengan lebih mendalam. Bengkel ini juga dapat memberi peluang pihak sekolah dalam membuat persiapan bagi persediaan untuk menyertai pertandingan robotik tidak lama lagi.

Beliau juga berbangga dengan pencapaian Sekolah Kebangsaan Serambi yang mewakili Daerah Pekan yang meraih tempat ke-8 daripada 68 buah sekolah yang mengambil bahagian dalam pertandingan Space Challenge Robotic Competition yang berlangsung di Putrajaya pada 21 Februari 2017.

Manakala menurut pengarah program, Prof. Madya Dr. Hamzah Ahmad berkata,  Bengkel TOT ini juga dapat memberi pendedahan kepada guru-guru penyelaras Kelab Robotik tentang teknik-teknik asas pengaturcaraan robotik Lego Mindstrom seperti Line Following, Color Detection, Move & Pick dan lain-lain lagi.

“Set lego mindstrom merupakan satu kit robotik yang mengandungi elemen perisian dan perkakasan.  Kit Robotik ini akan dicipta oleh pengguna untuk membina dan mengaturcarakan pelbagai ciptaan robot atau automasi mengikut kreativiti masing-masing.

Pelbagai elemen sains dan kejuruteraan dapat diterapkan kepada pelajar. Kit Robotik ini juga kini turut dipertandingkan diperingkat di dalam  dan luar negara seperti World Robotic Compettion (WRC) dan National Robotic Competition (NRC),” katanya.

Dalam bengkel ini peserta akan akan diajar untuk penggunaan  pengaturcaraan dan pembinaan lego dengan lebih baik. Bengkel yang turut mendapat sokongan Program Permindahan Ilmu (KTP)  ini juga memastikan kelestarian pengetahuan dalam bidang sains dan matematik.

Dengan perkongsian ilmu ini diharapkan sama-sama dapat berganding bahu dalam memupuk pelajar ke arah Sains, Teknologi dan Matematik (STEM). Beliau mengharapkan dengan pendedahan dan latihan yang telah diberi kepada guru-guru ini dapat dipraktikkan kepada pelajar setelah kembali ke sekolah masing-masing.

Disediakan oleh Nor Salwana Mohammad Idris dan suntingan Bahagian Komunikasi Korporat