FKEE - Official Portal

FACULTY OF ELECTRICAL &
ELECTRONICS ENGINEERING

GTEX Enhancing Graduate Skills Towards Employability

Program GTEX ENHANCING GRADUATE SKILLS TOWARDS EMPLOYABILITY ini merupakan program persedian kepada pelajar universiti tahun akhir yang bakal melalui alam pekerjaan.

Program ini mempunyai 3 fasa perlaksanaan iaitu:

  1. Fasa Transisi – menggunakan kaedah VEEP
  2. Fasa Pembangunan – menggunakan kaedah rangkakerja AADV2CATM
  3. Fasa Penempatan – Penempatan pekerjaan untuk pelajar yang telah menamatkan program tersebut dengan kaedah berikut:
    • GTEX akan membantu mencari pekerjaan bersesuaian melalui rangkaian syarikat yang telah berurusan dengan GTEX
    • GTEX akan mengenalpasti syarikat yang mengiklankan kekosongan jawatan dan akan menggalakkan pelajar memohon secara langsung dari syarikat berkenaan.
    • GTEX akan membimbing peserta secara berterusan di dalam proses penempatan dengat majikan yang berpotensi

1 2 3

Objektif Program ini adalah:

  1. Membantu pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri untuk masuk ke alam pekerjaan
  2. Mendedahkan pelajar terhadap kemahiran utama yang diperlukan oleh pihak majikan
  3. Membantu pelajar berfikir secara kritikal terhadap perlbagai cabaran yang bakal dihadapi semasa mencari pekerjaan

 

Program ini dilihat dapat memberi kesedaran tentang pentingnya persediaan mahasiswa secara mental dan fizikal untuk melangkah ke alam pekerjaan. Penyertaan yang diterima adalah seramai 73 orang. Bilangan mahasiswa yang menghadiri program ini adalah 67 orang. Selepas tamat Fasa 1 dan Fasa 2, tenaga pengajar akan bertindak sebagai mentor di dalam membimbing mahasiswa ini sehingga mereka menerima tawaran pekerjaan.

Berikutan manfaaat yang diterima dari program ini, ianya sewajarnya diperluaskan kepada rangkaian universiti-universiti awam yang lain bagi meningkatkan jati diri mahasiswa di dalam menempuh alam pekerjaan. Secara tidak langsung, program ini dapat membantu meningkat keupayaan ekonomi mahasiswa dengan mendapatkan pekerjaan secepat mungkin.