FKEE - Official Portal

FACULTY OF ELECTRICAL &
ELECTRONICS ENGINEERING

FKEE UMP STEM Outreach Program di SMK Seri Jengka

Pada 24 Mei 2017, satu pasukan daripada FKEE telah dijemput oleh SMK Seri Jengka, Maran untuk berkongsi ilmu dengan para pelajar dan guru dalam sebuah program yang dinamakan sebagai FKEE UMP STEM Outreach Program. Program tersebut yang disertai oleh 64 orang pelajar Tingkatan 4 dijalankan sempena minggu aktiviti sekolah. Guru-guru yang terlibat secara langsung dalam program tersebut ialah En. Shamsul Nizam, Pn. Robiah dan En. Mohd Khir.

Program dimulakan dengan perkongsian ringkas yang bertajuk “Hala Tuju Selepas SPM” yang disampaikan oleh Ketua Program, Dr. Md Rizal Othman kepada para pelajar. Program diteruskan dengan agenda utama iaitu bengkel “Pengenalan Kepada Arduino” yang disampaikan oleh En. Mohd Riduwan Ghazali dan dibantu oleh para fasilitator. Kemudian program disusuli dengan slot demonstrasi robot disampaikan oleh Dr. Saifudin Razali.

Sebagai pengakhiran, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Penutup di dewan studio sekolah. Dr. Rizal dalam ucapan penutupnya mempromosikan pertandingan Young Innovate kepada pihak sekolah serta menjemput para pelajar dan guru ke UMP untuk menyaksikan pertandingan tersebut bagi menimba pengalaman. Pengetua Cemerlang SMK Seri Jengka Tn. Hj. Yahya Bin Awang dalam ucapannya menyatakan rasa berbesar hati beliau di atas kedatangan delegasi FKEE UMP ke SMK Seri Jengka dan berharap untuk menjalinkan kerjasama lebih erat bersama FKEE selepas ini.

Pasukan FKEE terdiri daripada:
1. Dr. Md Rizal Othman
2. En. Mohd Riduwan Ghazali
3. En. Amran Abdul Hadi
4. Pn. Norazian Subari
5. Pn. Suliana Ab Ghani
6. Dr. Saifudin Razali
7. Dr. Raja Mohd Taufika Raja Ismail
8. Dr. Nurul Hazlina Noordin
9. En. Azri Idris

1

3

4

6