FKEE - Official Portal

FACULTY OF ELECTRICAL &
ELECTRONICS ENGINEERING

Siri ke-2 Lawatan: Memperkukuhkan Hubungan Dua Hala FKEE dan Helen High School

Pada 17 Julai 2017, satu delegasi dari Helen High School Ningxia, China telah mengadakan lawatan siri ke-2 ke FKEE. Siri ini merupakan rentetan daripada lawatan pihak Helen High School sebelum ini. Delegasi terdiri daripada Mr Yao Jin (Deputy Principal), Mr Wang Jianmin (Office Director), Ms Yue Shuping (Directors of Teaching Affairs), Mr Zhang Guoqiang (Deputy Directors of Teaching Affairs &Director of Senior High Year 3 Section), Mr Sun Yunmin (Directors of Teaching Affairs of Junior High Section) dan Ms Ma Xuefeng (Directors of Teaching Department of Junior High Section).

Delegasi Helen High School telah disambut oleh pihak FKEE diketuai oleh Jurutera Pengajar Kanan, Puan Nazriyah Hj Che Zan@Che Zain dan dibantu oleh Pensyarah kanan, Dr Hj Mohd Shafie Bakar serta Pembantu Jurutera Pengajar, Puan Maznida Mohamad. Delegasi telah dibawah melawat serta diberikan taklimat ringkas dengan dibantu terjemahan oleh Guru Bahasa dari PBMSK, Cik Yong Ying Mei. Di antara makmal yang telah dilawati ialah:

1) Makmal Instrumentasi
2) Makmal Metrologi
3) Makmal Asas PLC
4) Makmal Lanjutan PLC
5) Makmal Robotik

 

Delegasi juga berkesempatan meninjau sepintas lalu projek Taman Mini Arnab yang dikendalikan dibawah seliaan Hj Razali Muda. FKEE mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan lawatan ini. Program lawatan ini berakhir dengan delegasi dan wakil FKEE mengadakan sesi bergambar di ruang legar utama bangunan FKEE. Semoga lawatan ini akan memberikan natijah dan hubungan dua hala yang baik kepada kedua-dua pihak.

Disediakan oleh: Dr Mohd Shafie Bakar.