FKEE - Official Portal

FACULTY OF ELECTRICAL &
ELECTRONICS ENGINEERING

Unit Latihan & Promosi Penganjur Latihan "MSWORD for UMP Thesis Formatting Using MZJ Method and Smart Citation Using Mendeley & Endnote X7"

Pada 8 & 9 Ogos 2017, Unit Latihan & Promosi FKEE telah mengadakan latihan "Msword For Ump Thesis Formatting Using Mzj Method And Smart Citaton Using Mendely & Endnote X7” bertempat di Bilik Seminar Perpustakaan UMP kampus Gambang. Kebanyakan peserta terdiri daripada pelajar-pelajar pascasiswazah (PhD & Master) berjumlah 14 orang yang mengikuti semua kursus. 

Di antara objektif lain latihan ialah:

  • Mengaplikasi penggunaan MSWORD yang betul bagi penulisan tesis yang baik.
  • Mengaplikasi pengurusan rujukan melalui dua perisian utama iaitu Mendeley dan Endnote 7. 

Latihan dikendalikan sepenuhnya oleh dua orang pensyarah kanan iaitu Dr Mohd Shafie Bakar dan Dr Nor Aqilah Othman. Pada hari pertama latihan, unit ini menerima bantuan dan sokongan dari pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Asst. Prof. Dr. Nurul Farahain Mohammad yang juga merupakan tim MZJ formatting. Urusetia yang mengendalikan perjalanan latihan pula terdiri daripada Dr Ahmad Syahiman Mohd Shah, Puan Nazriyah Hj Che Zan@ Che Zain dan Pn Faradila Naim.

Sebahagian besar laporan hasil dapatan daripada peserta-peserta latihan adalah seperti berikut:

Capture.PNG

Disediakan oleh: Dr Mohd Shafie Bakar.