FKEE - Official Portal

FACULTY OF ELECTRICAL &
ELECTRONICS ENGINEERING

Cendekia Bitara 2013 iaitu majlis untuk pengiktirafan kepada para penyelidik UMP telah pun berlangsung di Hotel Zenith Kuantan pada Isnin 5 Mei 2014. Di majlis ini juga, penyampaian anugerah untuk Anugerah Akademik Universiti (AAU) turut berlangsung di mana ianya dihadiri oleh Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Diraja Dr. Haji Adnan Bin Haji Yaakob dan barisan pengurusan tertinggi UMP iaitu Naib Canselor, YH. Prof. Dato’ Dr. Daing Nasir Bin Daing Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), YH. Prof. Dato’ Dr. Mortaza Bin Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Dr. Mashitah Binti Mohd Yusoff, Ahli-ahli Lembaga Pengarah dan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti UMP.

Tema Cendekia Bitara pada tahun ini ialah Fire in the Blaze of Glory iaitu sebagai simbol kejayaan menjulang ibarat api yang membakar yang telah dicapai oleh UMP bukan sahaja dalam dunia akademik malahan juga dunia penyelidikan.

Pada majlis anugerah tahun ini, barisan penyelidik FKEE yang diketuai oleh Pn. Rosyati Binti Hamid yang telah mendapat Anugerah Emas di British Invention Show, UK dengan penyelidikan bertajuk “Automatic Sputum Quality Testing” telah memperoleh Anugerah Cendekia Bitara kategori produk penyelidikan diikuti oleh dua penerbitan jurnal oleh kumpulan penyelidik FKEE yang diketuai oleh Dr. Mohd Rusllim Mohamed; “Electrical Circuit Model of Vanadium Redox Flow Battery Using Extended Kalman Filter (Journal of Power Sources)”  dan Dr. Mohd Herwan Sulaiman; “Appraising the Viability of Wind Energy Conversion System in the Peninsular Malaysia (Energy Conversion and Management)” berjaya memperolehi Anugerah Cendekia Bitara kategori Penerbitan Jurnal. Di malam anugerah ini juga menyaksikan Dr. Mohd Rusllim telah pun berjaya dipilih sebagai penerima Anugerah Akademik Universiti (AAU) kategori Kejuruteraan.

org bitara

Diharap dengan berlangsungnya majlis ini dan anugerah yang diterima oleh para penyelidik dapat memberikan suntikan semangat dan galakan kepada semua pensyarah dan penyelidik FKEE untuk menghasilkan produk penyelidikan yang bermutu dan juga penerbitan yang berimpak tinggi bukan sahaja untuk FKEE dan UMP bahkan untuk pembangunan ummah.

Writing by: Dr Mohd Herwan Sulaiman