FKEE - Official Portal

FACULTY OF ELECTRICAL &
ELECTRONICS ENGINEERING

C7 - PROJEK SARJANA MUDA

 

7.1 Tujuan Polisi

 

Polisi ini ditulis sebagai panduan bagi pengendalian, penyediaan bahan dan penilaian Projek Sarjana Muda (PSM).

 

7.2 Daftar Istilah dan Takrifan

 

Istilah yang digunakan di dalam polisi ini berdasarkan Daftar Istilah umum yang digunapakai. Takrifan berikut digunapakai untuk istilah-istilah berikut:

 

PSM

Projek Sarjana Muda yang merupakan projek tahun akhir yang merupakan sebahagian daripada syarat penganugerahan

 

PSM1

Kursus Engineering Project I yang merujuk kepada BEE4712 atau setara

 

PSM2

Kursus Engineering Project II yang merujuk kepada BEE4724 atau setara

 

JK Akademik

Jawatankuasa Akademik Fakulti

 

JK PSM

Jawatan Kuasa Kerja PSM yang dilantik oleh Fakulti

 

Penyelaras PSM

Pensyarah yang dilantik oleh Fakulti untuk memantau pelaksanaan PSM

 

Penyelia PSM

Pensyarah yang bertanggungjawab menyelia beberapa pelajar yang mendaftar PSM yang dilantik oleh Fakulti

 

Panel Penilai PSM

Kumpulan staf akademik yang dilantik oleh Jawatankuasa Akademik untuk menilai seminar PSM1 serta seminar dan demonstarasi PSM2 

 

Penilai Kedua

Pensyarah (selain daripada penyelia PSM pelajar berkenaan) yang dilantik untuk menilai laporan akhir PSM

 

PA

Penasihatan Akademik

 

Pelajar

Pelajar tahun akhir yang mendaftar PSM pada semester semasa. 

 

Ketua Program

Pensyarah yang dilantik untuk mengetuai staf di bawah program yang diiktiraf oleh Fakulti

 

e-tesis

    Hasil penulisan ilmiah untuk PSM berbentuk elektronik

 

7.3 Penyata Polisi

 

7.3.1 Fasal AM

 

Polisi ini mesti dibaca bersama dengan Buku Panduan Projek Sarjana Muda yang diterbitkan oleh Universiti. Mana-mana perkara yang tidak dinyatakan di dalam polisi ini hendaklah mengikut panduan di dalam buku tersebut.

 

Semua pelajar PSM adalah tertakluk di bawah tatatertib mahasiswa. Polisi ini bukan sahaja terpakai kepada Pensyarah tetapi juga sebagai garis panduan kepada Pelajar.

 

Sepanjang tempoh pelaksanaan PSM, semua pelajar tertakluk kepada semua peraturan yang berkaitan dengan PSM sebagaimana yang telah ditetapkan atau dikeluarkan oleh pihak Fakulti dari semasa ke semasa.

 

JK PSM berhak untuk menilai semula sebarang maklumat berkaitan penjadualan aktiviti PSM yang difikirkan perlu atas sebab-sebab yang tertentu. JK PSM juga boleh menjemput atau melantik mana-mana staf akademik untuk tujuan yang sama. 

 

JK PSM boleh mencadangkan kepada pihak Fakulti untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas pelajar sekiranya terdapat sebarang aduan dan permasalahan yang dicetuskan oleh pelajar semasa melaksanakan kerja-kerja berkaitan PSM.

 

JK Akademik Fakulti berhak mempertimbangkan dan menentukan kes-kes tertentu yang melibatkan pertukaran penyelia PSM dan skop projek PSM berdasarkan cadangan yang diberikan oleh JK PSM.

 

7.3.2 Fasal Pra-syarat Pendaftaran

 

Hanya pelajar yang memenuhi syarat berikut layak mendaftar PSM1:

Mendapat sekurang-kurangnya 85 kredit dapat (KD) dan;

Telah LULUS lima kursus berikut:

Computer Programming 

Instrumentations & Measurement 

Analog Electronics II 

Circuit Analysis II

Digital Electronics

Hanya pelajar KB atau KC layak mendaftar, kecuali kes-kes yang dibenarkan oleh Fakulti.

 

Hanya pelajar yang telah lulus PSM1 layak mendaftar PSM2. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali mendaftar PSM1 dan PSM2 pada semester yang sama.

 

7.3.3 Fasal Perlaksanaan PSM

 

Pelajar digalakkan mengambil PSM1 dan PSM2 berturut-turut  tanpa diselangi dengan semester ‘rehat’.

    

Pelajar yang boleh mengulang atau gagal PSM1 boleh memohon pertukaran penyelia PSM. Bagi pelajar yang mengulang kursus PSM1, pelajar bertanggungjawab sepenuhnya untuk mencari penyelia dan tajuk baru.

 

Pelajar PSM1 boleh menarik diri dalam tempoh minggu tarik diri dengan memaklumkan kepada penyelaras PSM dan mendapat kelulusan daripada PA.

 

Pelajar yang gagal PSM2 dikehendaki mendaftar semula PSM2 dan tidak dibenarkan menukar penyelia PSM dan tajuk projek KECUALI membuat permohonan bertulis kepada Fakulti dengan menyatakan justifikasi dan diluluskan dalam JK Akademik Fakulti.

 

PSM dilaksanakan mengikut Carta Alir Perlaksanaan PSM1 dan Carta Alir Perlaksanaan PSM2. 

 

7.3.4 Fasal Skop dan Pemilihan Tajuk

 

Proses penyediaan dan pengesahan tajuk dilaksanakan mengikut Carta Alir Penyediaan dan Pengesahan Tajuk.

 

Skop PSM mesti memenuhi hasil kursus (course outcome) yang telah ditetapkan di dalam silibus PSM. Projek PSM yang dihasilkan mestilah ditentusahkan melalui salah satu elemen berikut: 

Rekabentuk Perisian(Software Design)

Rekabentuk Prototaip(Prototype Design)

Simulasi Komputer(Computer Simulation)

Kajian Kes Berbentuk Teknikal (Technical Case Study)

 

Senarai tajuk PSM yang ditawarkan kepada pelajar perlu disediakan oleh penyelia PSM mengikut ketetapan JK PSM. Jumlah tajuk yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan semasa yang ditetapkan oleh JK PSM.

 

Bagi penyelia PSM yang ingin menawarkan tajuk diluar bidang kepakaran, penyelia PSM tersebut perlu meminta kebenaran kluster kepakaran dan JK PSM terlebih dahulu.

 

Pelajar juga boleh mencadangkan tajuk PSM yang memenuhi kriteria di atas sekiranya terdapat penyelia PSM yang bersetuju untuk menyelia projek tersebut tertakluk kepada kelulusan oleh kluster kepakaran.

 

Ketua Program bertanggungjawab untuk memastikan setiap tajuk yang dicadangkan oleh penyelia PSM dibawah program masing-masing dibincangkan terlebih dahulu sebelum dicadangkan kepada JK PSM bagi memastikan kualiti tajuk PSM.

 

Setiap tajuk yang diberi oleh penyelia perlu disahkan oleh JK Akademik Fakulti sebelum dipamerkan. 

 

Pelajar yang gagal memilih tajuk PSM dalam masa yang ditetapkan akan dimaklumkan kepada PA pelajar berkenaan untuk tindakan sewajarnya.

 

7.3.5 Fasal Pembahagian Penyelia PSM

 

Perlantikan penyelia PSM dicadang kan oleh JK PSM dan diluluskan JK Akademik.

 

Penyelia PSM dibahagikan kepada pelajar-pelajar PSM1 berdasarkan kepakaran penyelia PSM dan bidang pengajian pelajar.

 

Penyelia PSM yang masih mempunyai pelajar mengulang PSM2 juga perlu menyelia pelajar semasa sekiranya dirasakan perlu oleh JK PSM. 

 

Pelajar PSM1 yang ingin menukar penyelia PSM atau tajuk projek perlu mendapatkan kebenaran JK PSM. Pelajar boleh digagalkan sekiranya menukar penyelia PSM tanpa mendapat persetujuan JK PSM.

 

 

7.3.6 Fasal Penukaran Penyelia PSM

 

JK PSM bertanggungjawab mencadangkan nama penyelia PSM gantian atau penyelia PSM bersama(sekiranya perlu) kepada sekurang-kurangnya Ketua Program atau setara atas kes-kespenyelia seperti di bawah:

Cuti belajar

Cuti bersalin

Meninggal dunia

Berpindah jabatan/Universiti

Cuti sakit melebihi sebulan.

Latihan industri/sangkutan

Lain-lain kes yang diluluskan oleh Fakulti

 

Penyelia gantian atau bersama digalakkan untuk meneruskan tajuk atau skop yang sama. Sebarang pertukaran tajuk yang berlainan dari skop yang asal perlu mendapat kelulusan JK Akademik. 

 

7.3.7 Fasal Penilaian PSM1 dan PSM2

 

Penilaian pelajar PSM1 dan PSM2 adalah merujuk kepada Fasal 7.2.6, 7.2.7.

 

Bagi menjamin kualiti tesis pelajar PSM2, JK Akademik berhak mewujudkan jawatankuasa khas bagi menentusahkan kualiti.  

 

Panel penilai seminar dan penilai kedua yang dilantik oleh Fakulti hendaklah terdiri daripada kalangan pensyarah dengan mengambil kira kumpulan kluster pensyarah dan bidang pengajian pelajar.

 

Panel Penilai PSM mestilah terdiri daripada sekurang-kurangnya 2 orang pensyarah. JK PSM berhak mengemukakan nama panel penilai yang tidak hadir sewaktu sesi penilaian kepada JK Akademik kecuali kes-kes yang mendapat kebenaran Fakulti.

 

Penilai Kedua berperanan untuk menilai tesis pelajar yang bukan dibawah seliaanya dan mestilah terdiri daripada ahli panel penilai seminar bagi pelajar tersebut.

 

Panel Penilai PSM bertanggungjawab untuk menilai pelajar berdasarkan ilmu yang diperoleh pelajar dan bukan berdasarkan kesempurnaan projek sahaja. 

 

JK Akademik berhak memutuskan sekiranya terdapat kes-kes percanggahan penilaian di antara penyelia dan Panel Penilai PSM.

 

7.3.8 Fasal Pembentangan dan Demonstrasi 

 

Proses pembentangan dan demonstrasi dijalankan mengikut Carta Alir Perlaksanaan PSM2.

 

Pelajar diisytiharkan gagal PSM jika tidak hadir ke seminar dan demonstrasi. 

 

Pelajar hendaklah mematuhi etika pakaian yang termaktub didalam panduan tatatertib mahasiswa.

 

Pelajar hanya boleh membentangkan projek dalam seminar PSM1 dan PSM2 setelah mendapat kebenaran dan pengesahan penyelia PSM. 

 

Pelajar dikehendaki menyerahkan abstrak dan slaid pembentangan kepada panel penilai yang dilantik dalam tempoh yang ditetapkan oleh Fakulti. 

 

Penyelia PSM tidak boleh menilai pelajar seliaannya semasa seminar PSM1 dan PSM2.

 

Penyelia PSM TIDAK DIBENARKAN hadir ke seminar dan demonstrasi PSM2 bagi sesi pembentangan pelajar seliaannya.

 

Bahasa bahan-bahan pembentangan dan bahasa pengantar pembentangan adalah Bahasa Inggeris. 

 

7.3.9 Fasal Laporan PSM 

 

Laporan hendaklah menurut format Panduan Menulis Laporan PSM.

 

Laporan hendaklah dihantar kepada penyelia PSM dalam tempoh yang ditetapkan.

 

Laporan yang tidak mengikut format yang ditetapkan akan dikembalikan oleh penyelia PSM kepada pelajar dan penghantaran semula perlu dibuat dalam tempoh yang ditetapkan. 

 

JK PSM berhak mencadangkan kepada JK Akademik Fakulti untuk menggagalkan keputusan pelajar jika pelajar ingkar daripada mematuhi  peruntukan Fasal  ini. 

 

Bagi penghantaran e-tesis PSM 2, pelajar dikehendaki menghantar softcopy mengikut format yang telah ditetapkan kepada penyelia dalam tempoh yang ditetapkan. Fasal ini mestilah dibaca bersama Carta alir e-tesis.

 

Tesis berkualiti yang mendapat markah 75% dan keatas boleh dihantar ke perpustakaan oleh JK PSM untuk tujuan rekod.

 

Penyelia bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan e-tesis dihantar oleh pelajar mengikut format dan dalam tempoh yang ditetapkan.

 

JK PSM berhak mencadangkan kepada JK Akademik Fakulti untuk memberikan status tidak selesai (TS) keputusan pelajar jika pelajar ingkar daripada mematuhi  peruntukan Fasal Laporan PSM.

 

7.3.10 Fasal Penyerahan Prototaip PSM dan Peralatan Pinjaman

 

Semua bahan PSM adalah menjadi hak milik Fakulti.

 

Pelajar hendaklah menyerahkan semua prototaip PSM kepada Fakulti setelah disahkan oleh penyelia PSM.

 

Semua peralatan yang dipinjam daripada Fakulti mestilah dikembalikan kepada Fakulti dalam keadaan yang sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan dalam tempoh yang ditetapkan merujuk kepada jadual perlaksanaan.

 

Pelajar dikehendaki mengganti peralatan yang sama atau setara jika didapati peralatan pinjaman tersebut dikembalikan dalam keadaan tidak sempurna.

 

Penyelaras PSM berhak mencadangkan kepada JK Akademik Fakulti untuk menggagalkan keputusan pelajar jika pelajar ingkar daripada mematuhi  peruntukan Fasal  ini. 

 

 

 

 

7.3.11 Fasal Pindaan Perlaksanaan PSM

 

Sebarang kaedah pelaksanaan selanjutnya boleh dibuat di bawah mana-mana pindaan/semakan polisi di atas tertakluk kepada pindaan/semakan yang dikeluarkan oleh Senat/Pengurusan Universiti dari semasa ke semasa.

 

7.4 Lampiran

 

Tanggungjawab Penyelaras PSM

Tanggungjawab Penyelia PSM

Carta Alir Perlaksanaan PSM1

Carta Alir Perlaksanaan PSM2

Carta Alir Penyediaan dan Pengesahan Tajuk

Carta Alir e-tesis.

 

 

Lampiran: Tanggungjawab Penyelaras PSM

Penyelaras PSM dengan dibantu JK PSM bertanggungjawab untuk:

Menyemak dan merancang perjalanan PSM bagi semester semasa berdasarkan laporan semester-semester terdahulu.

Menetapkan jadual perlaksanaan PSM bagi semester hadapan sebelum sesi akademik bermula.

Melaksanakan proses kerja PSM mengikut jadual kerja yang dipersetujui oleh JK Akademik.

Mencadangkan senarai penyelia PSM, penilai kedua dan panel penilai seminar kepada JK Akademik Fakulti.

Memaklumkan sebarang perubahan kepada semua penyelia PSM dan pelajar.

Memaklumkan kepada JK Akademik berkaitan sebarang isu-isu berkaitan.

Mengemaskini laman sesawang (website) PSM dari semasa ke semasa.

Mengemaskini markah pelajar di dalam IMS (Integrated Management System) merujuk kepada jadual kerja akademik.

Mencadangkan langkah penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti PSM.

Lampiran: Tanggungjawab Penyelia PSM

Penyelia PSM yang dilantik oleh Fakulti adalah bertanggungjawab untuk:

Memantau buku log pelajar.

Membantu dan menilai projek pelajar dari semasa ke semasa.

Memaklumkan kepada penyelaras PSM sebarang masalah berkaitan pelajar dibawah seliaannya.

Hadir ke seminar PSM1 bagi sesi pembentangan pelajar seliaannya.

Menyemak dan menilai laporan PSM1 dan PSM2 pelajar dibawah seliaannya.

Mengemaskini markah pelajar dibawah seliaannya.

Menerima arahan penyelaras PSM dari semasa ke semasa.

 

Hak penyelia PSM:

Penyelia PSM berhak mengarahkan pelajar untuk membuat pra-demo bagi memastikan projek tersebut berfungsi sebelum dinilai dalam seminar PSM2.

Penyelia PSM boleh memohon justifikasi permarkahan yang diberi oleh panel penilai dan mempertahankan pelajar di bawah seliaannya.

C7 - PROJEK SARJANA MUDA

 

7.1 Tujuan Polisi

 

Polisi ini ditulis sebagai panduan bagi pengendalian, penyediaan bahan dan penilaian Projek Sarjana Muda (PSM).

 

7.2 Daftar Istilah dan Takrifan

 

Istilah yang digunakan di dalam polisi ini berdasarkan Daftar Istilah umum yang digunapakai. Takrifan berikut digunapakai untuk istilah-istilah berikut:

 

PSM

Projek Sarjana Muda yang merupakan projek tahun akhir yang merupakan sebahagian daripada syarat penganugerahan

 

PSM1

Kursus Engineering Project I yang merujuk kepada BEE4712 atau setara

 

PSM2

Kursus Engineering Project II yang merujuk kepada BEE4724 atau setara

 

JK Akademik

Jawatankuasa Akademik Fakulti

 

JK PSM

Jawatan Kuasa Kerja PSM yang dilantik oleh Fakulti

 

Penyelaras PSM

Pensyarah yang dilantik oleh Fakulti untuk memantau pelaksanaan PSM

 

Penyelia PSM

Pensyarah yang bertanggungjawab menyelia beberapa pelajar yang mendaftar PSM yang dilantik oleh Fakulti

 

Panel Penilai PSM

Kumpulan staf akademik yang dilantik oleh Jawatankuasa Akademik untuk menilai seminar PSM1 serta seminar dan demonstarasi PSM2

 

Penilai Kedua

Pensyarah (selain daripada penyelia PSM pelajar berkenaan) yang dilantik untuk menilai laporan akhir PSM

 

PA

Penasihatan Akademik

 

Pelajar

Pelajar tahun akhir yang mendaftar PSM pada semester semasa.

 

Ketua Program

Pensyarah yang dilantik untuk mengetuai staf di bawah program yang diiktiraf oleh Fakulti

 

e-tesis

Hasil penulisan ilmiah untuk PSM berbentuk elektronik

 

7.3 Penyata Polisi

 

7.3.1 Fasal AM

 

Polisi ini mesti dibaca bersama dengan Buku Panduan Projek Sarjana Muda yang diterbitkan oleh Universiti. Mana-mana perkara yang tidak dinyatakan di dalam polisi ini hendaklah mengikut panduan di dalam buku tersebut.

 

Semua pelajar PSM adalah tertakluk di bawah tatatertib mahasiswa. Polisi ini bukan sahaja terpakai kepada Pensyarah tetapi juga sebagai garis panduan kepada Pelajar.

 

Sepanjang tempoh pelaksanaan PSM, semua pelajar tertakluk kepada semua peraturan yang berkaitan dengan PSM sebagaimana yang telah ditetapkan atau dikeluarkan oleh pihak Fakulti dari semasa ke semasa.

 

JK PSM berhak untuk menilai semula sebarang maklumat berkaitan penjadualan aktiviti PSM yang difikirkan perlu atas sebab-sebab yang tertentu. JK PSM juga boleh menjemput atau melantik mana-mana staf akademik untuk tujuan yang sama.

 

JK PSM boleh mencadangkan kepada pihak Fakulti untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas pelajar sekiranya terdapat sebarang aduan dan permasalahan yang dicetuskan oleh pelajar semasa melaksanakan kerja-kerja berkaitan PSM.

 

JK Akademik Fakulti berhak mempertimbangkan dan menentukan kes-kes tertentu yang melibatkan pertukaran penyelia PSM dan skop projek PSM berdasarkan cadangan yang diberikan oleh JK PSM.

 

7.3.2 Fasal Pra-syarat Pendaftaran

 

Hanya pelajar yang memenuhi syarat berikut layak mendaftar PSM1:

  1. Mendapat sekurang-kurangnya 85 kredit dapat (KD) dan;
  2. Telah LULUS lima kursus berikut:
    1. Computer Programming
    2. Instrumentations & Measurement
    3. Analog Electronics II
    4. Circuit Analysis II
    5. Digital Electronics

Hanya pelajar KB atau KC layak mendaftar, kecuali kes-kes yang dibenarkan oleh Fakulti.

 

Hanya pelajar yang telah lulus PSM1 layak mendaftar PSM2. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali mendaftar PSM1 dan PSM2 pada semester yang sama.

 

7.3.3 Fasal Perlaksanaan PSM

 

Pelajar digalakkan mengambil PSM1 dan PSM2 berturut-turut tanpa diselangi dengan semester ‘rehat’.

Pelajar yang boleh mengulang atau gagal PSM1 boleh memohon pertukaran penyelia PSM. Bagi pelajar yang mengulang kursus PSM1, pelajar bertanggungjawab sepenuhnya untuk mencari penyelia dan tajuk baru.

 

Pelajar PSM1 boleh menarik diri dalam tempoh minggu tarik diri dengan memaklumkan kepada penyelaras PSM dan mendapat kelulusan daripada PA.

 

Pelajar yang gagal PSM2 dikehendaki mendaftar semula PSM2 dan tidak dibenarkan menukar penyelia PSM dan tajuk projek KECUALI membuat permohonan bertulis kepada Fakulti dengan menyatakan justifikasi dan diluluskan dalam JK Akademik Fakulti.

 

PSM dilaksanakan mengikut Carta Alir Perlaksanaan PSM1 dan Carta Alir Perlaksanaan PSM2.

 

7.3.4 Fasal Skop dan Pemilihan Tajuk

 

Proses penyediaan dan pengesahan tajuk dilaksanakan mengikut Carta Alir Penyediaan dan Pengesahan Tajuk.

 

Skop PSM mesti memenuhi hasil kursus (course outcome) yang telah ditetapkan di dalam silibus PSM. Projek PSM yang dihasilkan mestilah ditentusahkan melalui salah satu elemen berikut:

  1. Rekabentuk Perisian(Software Design)
  2. Rekabentuk Prototaip(Prototype Design)
  3. Simulasi Komputer(Computer Simulation)
  4. Kajian Kes Berbentuk Teknikal (Technical Case Study)

 

Senarai tajuk PSM yang ditawarkan kepada pelajar perlu disediakan oleh penyelia PSM mengikut ketetapan JK PSM. Jumlah tajuk yang ditawarkan perlu memenuhi keperluan semasa yang ditetapkan oleh JK PSM.

 

Bagi penyelia PSM yang ingin menawarkan tajuk diluar bidang kepakaran, penyelia PSM tersebut perlu meminta kebenaran kluster kepakaran dan JK PSM terlebih dahulu.

 

Pelajar juga boleh mencadangkan tajuk PSM yang memenuhi kriteria di atas sekiranya terdapat penyelia PSM yang bersetuju untuk menyelia projek tersebut tertakluk kepada kelulusan oleh kluster kepakaran.

 

Ketua Program bertanggungjawab untuk memastikan setiap tajuk yang dicadangkan oleh penyelia PSM dibawah program masing-masing dibincangkan terlebih dahulu sebelum dicadangkan kepada JK PSM bagi memastikan kualiti tajuk PSM.

 

Setiap tajuk yang diberi oleh penyelia perlu disahkan oleh JK Akademik Fakulti sebelum dipamerkan.

 

Pelajar yang gagal memilih tajuk PSM dalam masa yang ditetapkan akan dimaklumkan kepada PA pelajar berkenaan untuk tindakan sewajarnya.

 

7.3.5 Fasal Pembahagian Penyelia PSM

 

Perlantikan penyelia PSM dicadang kan oleh JK PSM dan diluluskan JK Akademik.

 

Penyelia PSM dibahagikan kepada pelajar-pelajar PSM1 berdasarkan kepakaran penyelia PSM dan bidang pengajian pelajar.

 

Penyelia PSM yang masih mempunyai pelajar mengulang PSM2 juga perlu menyelia pelajar semasa sekiranya dirasakan perlu oleh JK PSM.

 

Pelajar PSM1 yang ingin menukar penyelia PSM atau tajuk projek perlu mendapatkan kebenaran JK PSM. Pelajar boleh digagalkan sekiranya menukar penyelia PSM tanpa mendapat persetujuan JK PSM.

 

 

7.3.6 Fasal Penukaran Penyelia PSM

 

JK PSM bertanggungjawab mencadangkan nama penyelia PSM gantian atau penyelia PSM bersama(sekiranya perlu) kepada sekurang-kurangnya Ketua Program atau setara atas kes-kespenyelia seperti di bawah:

  1. Cuti belajar
  2. Cuti bersalin
  3. Meninggal dunia
  4. Berpindah jabatan/Universiti
  5. Cuti sakit melebihi sebulan.
  6. Latihan industri/sangkutan
  7. Lain-lain kes yang diluluskan oleh Fakulti

 

Penyelia gantian atau bersama digalakkan untuk meneruskan tajuk atau skop yang sama. Sebarang pertukaran tajuk yang berlainan dari skop yang asal perlu mendapat kelulusan JK Akademik.

 

7.3.7 Fasal Penilaian PSM1 dan PSM2

 

Penilaian pelajar PSM1 dan PSM2 adalah merujuk kepada Fasal 7.2.6, 7.2.7.

 

Bagi menjamin kualiti tesis pelajar PSM2, JK Akademik berhak mewujudkan jawatankuasa khas bagi menentusahkan kualiti.

 

Panel penilai seminar dan penilai kedua yang dilantik oleh Fakulti hendaklah terdiri daripada kalangan pensyarah dengan mengambil kira kumpulan kluster pensyarah dan bidang pengajian pelajar.

 

Panel Penilai PSM mestilah terdiri daripada sekurang-kurangnya 2 orang pensyarah. JK PSM berhak mengemukakan nama panel penilai yang tidak hadir sewaktu sesi penilaian kepada JK Akademik kecuali kes-kes yang mendapat kebenaran Fakulti.

 

Penilai Kedua berperanan untuk menilai tesis pelajar yang bukan dibawah seliaanya dan mestilah terdiri daripada ahli panel penilai seminar bagi pelajar tersebut.

 

Panel Penilai PSM bertanggungjawab untuk menilai pelajar berdasarkan ilmu yang diperoleh pelajar dan bukan berdasarkan kesempurnaan projek sahaja.

 

JK Akademik berhak memutuskan sekiranya terdapat kes-kes percanggahan penilaian di antara penyelia dan Panel Penilai PSM.

 

7.3.8 Fasal Pembentangan dan Demonstrasi

 

Proses pembentangan dan demonstrasi dijalankan mengikut Carta Alir Perlaksanaan PSM2.

 

Pelajar diisytiharkan gagal PSM jika tidak hadir ke seminar dan demonstrasi.

 

Pelajar hendaklah mematuhi etika pakaian yang termaktub didalam panduan tatatertib mahasiswa.

 

Pelajar hanya boleh membentangkan projek dalam seminar PSM1 dan PSM2 setelah mendapat kebenaran dan pengesahan penyelia PSM.

 

Pelajar dikehendaki menyerahkan abstrak dan slaid pembentangan kepada panel penilai yang dilantik dalam tempoh yang ditetapkan oleh Fakulti.

 

Penyelia PSM tidak boleh menilai pelajar seliaannya semasa seminar PSM1 dan PSM2.

 

Penyelia PSM TIDAK DIBENARKAN hadir ke seminar dan demonstrasi PSM2 bagi sesi pembentangan pelajar seliaannya.

 

Bahasa bahan-bahan pembentangan dan bahasa pengantar pembentangan adalah Bahasa Inggeris.

 

7.3.9 Fasal Laporan PSM

 

Laporan hendaklah menurut format Panduan Menulis Laporan PSM.

 

Laporan hendaklah dihantar kepada penyelia PSM dalam tempoh yang ditetapkan.

 

Laporan yang tidak mengikut format yang ditetapkan akan dikembalikan oleh penyelia PSM kepada pelajar dan penghantaran semula perlu dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

 

JK PSM berhak mencadangkan kepada JK Akademik Fakulti untuk menggagalkan keputusan pelajar jika pelajar ingkar daripada mematuhi peruntukan Fasal ini.

 

Bagi penghantaran e-tesis PSM 2, pelajar dikehendaki menghantar softcopy mengikut format yang telah ditetapkan kepada penyelia dalam tempoh yang ditetapkan. Fasal ini mestilah dibaca bersama Carta alir e-tesis.

 

Tesis berkualiti yang mendapat markah 75% dan keatas boleh dihantar ke perpustakaan oleh JK PSM untuk tujuan rekod.

 

Penyelia bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan e-tesis dihantar oleh pelajar mengikut format dan dalam tempoh yang ditetapkan.

 

JK PSM berhak mencadangkan kepada JK Akademik Fakulti untuk memberikan status tidak selesai (TS) keputusan pelajar jika pelajar ingkar daripada mematuhi peruntukan Fasal Laporan PSM.

 

7.3.10 Fasal Penyerahan Prototaip PSM dan Peralatan Pinjaman

 

Semua bahan PSM adalah menjadi hak milik Fakulti.

 

Pelajar hendaklah menyerahkan semua prototaip PSM kepada Fakulti setelah disahkan oleh penyelia PSM.

 

Semua peralatan yang dipinjam daripada Fakulti mestilah dikembalikan kepada Fakulti dalam keadaan yang sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan dalam tempoh yang ditetapkan merujuk kepada jadual perlaksanaan.

 

Pelajar dikehendaki mengganti peralatan yang sama atau setara jika didapati peralatan pinjaman tersebut dikembalikan dalam keadaan tidak sempurna.

 

Penyelaras PSM berhak mencadangkan kepada JK Akademik Fakulti untuk menggagalkan keputusan pelajar jika pelajar ingkar daripada mematuhi peruntukan Fasal ini.

 

 

 

 

7.3.11 Fasal Pindaan Perlaksanaan PSM

 

Sebarang kaedah pelaksanaan selanjutnya boleh dibuat di bawah mana-mana pindaan/semakan polisi di atas tertakluk kepada pindaan/semakan yang dikeluarkan oleh Senat/Pengurusan Universiti dari semasa ke semasa.

 

7.4 Lampiran

 

  1. Tanggungjawab Penyelaras PSM
  2. Tanggungjawab Penyelia PSM
  3. Carta Alir Perlaksanaan PSM1
  4. Carta Alir Perlaksanaan PSM2
  5. Carta Alir Penyediaan dan Pengesahan Tajuk
  6. Carta Alir e-tesis.

 

 

Lampiran: Tanggungjawab Penyelaras PSM

Penyelaras PSM dengan dibantu JK PSM bertanggungjawab untuk:

  1. Menyemak dan merancang perjalanan PSM bagi semester semasa berdasarkan laporan semester-semester terdahulu.
  2. Menetapkan jadual perlaksanaan PSM bagi semester hadapan sebelum sesi akademik bermula.
  3. Melaksanakan proses kerja PSM mengikut jadual kerja yang dipersetujui oleh JK Akademik.
  4. Mencadangkan senarai penyelia PSM, penilai kedua dan panel penilai seminar kepada JK Akademik Fakulti.
  5. Memaklumkan sebarang perubahan kepada semua penyelia PSM dan pelajar.
  6. Memaklumkan kepada JK Akademik berkaitan sebarang isu-isu berkaitan.
  7. Mengemaskini laman sesawang (website) PSM dari semasa ke semasa.
  8. Mengemaskini markah pelajar di dalam IMS (Integrated Management System) merujuk kepada jadual kerja akademik.
  9. Mencadangkan langkah penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti PSM.

Lampiran: Tanggungjawab Penyelia PSM

Penyelia PSM yang dilantik oleh Fakulti adalah bertanggungjawab untuk:

  1. Memantau buku log pelajar.
  2. Membantu dan menilai projek pelajar dari semasa ke semasa.
  3. Memaklumkan kepada penyelaras PSM sebarang masalah berkaitan pelajar dibawah seliaannya.
  4. Hadir ke seminar PSM1 bagi sesi pembentangan pelajar seliaannya.
  5. Menyemak dan menilai laporan PSM1 dan PSM2 pelajar dibawah seliaannya.
  6. Mengemaskini markah pelajar dibawah seliaannya.
  7. Menerima arahan penyelaras PSM dari semasa ke semasa.

 

Hak penyelia PSM:

  1. Penyelia PSM berhak mengarahkan pelajar untuk membuat pra-demo bagi memastikan projek tersebut berfungsi sebelum dinilai dalam seminar PSM2.
  2. Penyelia PSM boleh memohon justifikasi permarkahan yang diberi oleh panel penilai dan mempertahankan pelajar di bawah seliaannya.