FKEE - Official Portal

FACULTY OF ELECTRICAL &
ELECTRONICS ENGINEERING

Kaedah mengambil karakter bau "sampling" di dalam menghasilkan profil bau

Sampling (mengambil sampel bau) adalah salah satu isu yang sangat penting berkait dengan pengukuran dan penghasilan karakter atau profil bau. Sampling adalah salah satu cara untuk mengambil maklumat tipikal yang terdapat pada punca bau melalui pengasingan isipadu yang keluar daripada punca bau tersebut. Odor Emission Rate (OER) adalah salah satu maklumat yang sangat penting di dalam penilaian terhadap ounca pengeluaran bau yang akan menentukan kadar pengeluaran bau di dalam tempoh yang tertentu di dalam unit (Ou.s-1).

Profil bau menjadi sangat penting pada masa kini terutamanya di dalam memastikan proses penjagaan keseimbangan alam sekitar dan kesedaran awam di dalam hal ini. Pelbagai kaedah telah dicuba bagi menyelesaikan atau mengeluarkan kaedah yang signifikan. Metod analisa kimia yang paling asas yang digunakan untuk menentukan dan mengkuantifikasikan bau menggunakan gas-chromatography dan digabungkan dengan mass-spectrophometer atau nama yang selalu digunakan adalah (GCMS) dan pelbagai lagi metod kimia yang telah dikaji seperti Membrane Inlet MS (MIMS), Selected Ion Flow Tube MS (SIFT-MS), Proton-Transfer Reaction MS (PTR-MS), or Proton-Transfer-Reaction Time-Of-Flight MS (PTR-TOF-MS). Namun kaedah-kaedah berdasarkan analisa kimia ini menjadi sangat kompleks dan mencabar untuk diaplikasikan di tempat lapangan dan tidak selalunya berkesan. Ini berlaku kerana bau yang terhasil yang dikesan oleh manusia luar daripada lokasi terkawal yang menempatkan instrument kimia di atas menjadi tidak sama kerana percampuran pelbagai kompaun yang menghasilkan kompaun baru di persekitaran dan ini akan memberi kesan kepada penghasilan profil bau yang berubah dari kompaun yang asal setiap kali penentuan profil bau dibuat.

Kemudian, ada juga pengkaji yang lain pula menggunakan kaedah olfactory dinamik untuk menentukan profil bau di dalam paltform sensori. Sensori adalah teknik menggunakan kepakaran manusia untuk mengecam bau digabungkan dengan instrument elektronik dinamakan sebagai meter olfactory. Namun oleh kerana kaedah ini menggunakan kaedah kepakaran manusia sebagai asas pengukuran, maka perbezaan sensitiviti, spesifisiti dan ketepatan pengukuran menjadi sangat banyak dan variasi yang tinggi. Ini menyebabkan kuantifikasi intensiti bau menjadi kurang berasas untuk disandarkan kepada kualiti bau.

Akhirnya, beberapa kajian yang terkini telah mengfokuskan kepada kemungkinan memantau bau alam sekitar menggunakan E-nose yang direka secara artificial berdasarkan sistem bau manusia di mana setiap bau bergantung kepada beberapa jujukan sensor Metal Oxide Semicodnuctor (MOS) dan beberapa jenis sensor yang lain mengeluarkan output profil yang berbeza daripada bau yang berbeza. Namun begitu, metod yang terbaru ini mempunyai limitasi bergantung kepada keadaan alam sekitar seperti suhu dan kelembapan yang perlukan keadaan yang stabil sepanjang masa.

Oleh yang demikian, apa yang paling penting adalah kaedah mengambil sampel bau (sampling) ini merupakan asas yang sangat fundamental untuk menentukan bau dan digabungkan dengan cara memproses data. Kesilapan di dalam sampling akan memberi kesan yang sangat signifikan kepada profil bau yang ingin ditentukan.

Bibliografi:
Laura Capelli *, Selena Sironi and Renato Del Rosso, Odor Sampling: Techniques and Strategies for the Estimation of  Odor Emission Rates from Different Source Types",  Sensors 2013, 13, 938-955;