FKEE - Official Portal

FACULTY OF ELECTRICAL &
ELECTRONICS ENGINEERING

Ahlan wa Sahlan dan selamat datang kepada semua pelajar baru UMP, Assalamualaikum wrt, dan salam sejahtera.

 

Alhamdulillah dan tahniah kepada semua pelajar yang sudah berjaya mendaftar di UMP khususnya. Universiti adalah satu institusi Ilmu yang menjadi salah satu platform bagi warganegara Malaysia untuk menyokong falsafah pendidikan negara dan falsafah UMP iaitu:

 

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

Kepercayaan bahawa ilmu adalah amanah Allah kepada manusia sebagai khalifah untuk dimanfaatkan. Penekanan kepada ilmu gunaan yan dipraktikan oleh insan berakhlaq akan meyumbang ke arah keharmonian dan kemakmuran sejagat” melalui lima nilai teras iaitu: (1) Hubungan kuat dengan yang maha pencipta, (2) Teguh dalam menerima prinsip yang disepakati, (3) Kreatif dalam membuat keputusan bersama, (4) Cekal dalam menghadapi cabaran, (5) Proaktif di dalam mengambil tindakan.

Ada dua perkara pokok yang sangat penting yang menjadi tunjang di dalam mengembangkan potensi pelajar di dalam UMP iaitu aspek kepercayaan kepada Allah dan menguatkan hubungan dengan yang Maha Pencipta. Ini secara tidak langsung menekankan konsep aqidah dan kebnaran yang perlu dijadikan pegangan yang sangat penting kepada pelajar. Mungkin ada yang menganggap menjadi pelajar hanyalah untuk mendapatkan segulung ijazah yang di dalamnya terdapat berpuluh-puluh subjek yang akan dierolehi keputusan A yang banyak dan akhirnya mendapat CGPA keseluruhan yang membolehkan pelajar mendapat pekerjaan setelah bergraduan. Pemikiran ini perlulah ditransformasikan supaya niat untuk datang belajar dan menuntut bukan semata-mata mengejar segulung ijazah tetapi yang paling penting untuk menjadi insan yang bergelar khalifah.

Sangat berbeza sikap pelajar yang belajar semata-semata untuk mengejar habuan materialistik semata-mata tanpa mengira habuan akhirat. Kita datang ke UMP yang pertama untuk memperbaiki diri untuk menjadi insan yang seimbang dunia dan akhirat seterusnya bersama-sama memperbaiki orang lain. Tempoh masa selama 3-4 tahun adalah sangat pendek berbading dengan umur kita hidup di dunia. Dan di universiti ini tempat kita mengambil semua mutiara ilmu samada yang berbentuk formal atau tidak formal iaitu melalui pengalaman. Bagi memperoleh ilmu bentuk formal, pelajar perlu mendisiplinkan diri dengan memenuhi semua jadual kuliah dan segala bentuk tugasan dan peperiksaan yang telah dibentuk di dalam kurikulum dan ko-kurikulum. Ini memang sudah menjadi perkaa wajib kepada semua pelajar kerana ia adalah sesuatu yang wajib ada yang selari dengan peranan dan sifat universiti ini supaya pelajar yang dilahirkan daripada kurikulum yang dibina diiktiraf dan boleh dimanfaatkan oleh dunia, ummat masyarakat dan ummat industri.

Adapun bagi ilmu dan pengalaman yang berbentuk tidak formal ini melebihi dan melangkaui dari perkiraan jam kuliah. Ini kerana selain dari kuliah dan makmal, pelajar akan belajar dari pengalaman rakan-rakan bilik asrama, rumah sewa, di aktiviti-aktivit megasah pemikiran dan berpersatuan dan lain-lain. Sekiranya masa untuk belajar di kuliah kita buat kiraan secara kasar, lebih kurang 6-8 jam, maka selebihnya adalah 16 jam bersama rakan-rakan secara tidak formal. 16 jam bersama rakan-rakan adalah pelajaran yang tidak selalu diukur kerana tiada penilaian dibuat, tetapi ia akan memberi kesan untuk berpuluh-puluh tahun selepas bergraduasi iaitu ia boleh mempengaruhi kepada kehidupan selepas alam menara gading dan boleh memberi kesan samada yang bersifat positif atau sebaliknya.

Oleh yang demikian, pendekatan memilih rakan-rakan yang benar-benar menghayati kandungan seperti yang terdapat di dalam falsafah pendidikan negara dan UMP adalah sangat kritikal dan sangat penting. Jadi bagaimana untuk pelajar-pelajar mencari rakan-rakan yang seiring di dalam menjadi insan bergelar khalifah atau sekurang-kurangnya mendekati karakter khalifah adalah di antaranya selalu mendekati rakan-rakan yang cintakan kebenaran, masjid dan Al-Quran. Ini kerana di masjid inilah tempat berkumpulnya orang-orang yang cintakan ilmu dan terutamanya ilmu Al-Quran dan As-sunnah untuk mengukuhkan jati diri sebagai insan yang taat dan patuh kepada Allah dan perintahnya, warganegara yang bertanggungjawab dan mempunyai patriotisme yang tinggi, pelajar yang berdisiplin bagi mencapai kecemerlangan tamadun dunia melalui ilmu yang diamanahkan oleh Allah sebagai amanah dan memberi manfaat kepada seluruh isi dunia, maka pelajar baru perlulah memulakan langkah ke alam universiti dengan (road-map) peta-pengajian yang tepat dengan cara yang berkesan pada masa yang paling awal bersama dengan rakan-rakan sebaya dan senior yang mempunyai matlamat murni yang sama. Berikju adalah antara beberapa penghayatan yang boleh diambil daripada 5 nilai teras UMP:

(1) Hubungan kuat dengan yang maha pencipta

Allah adalah tuhan yang Maha Mengetahui dan Maha Pencipta. Setiap pelajar perlu sedar bahawa segala keistimewaan yang Allah kurniakan kepada pelajar seperti ketinggian ilmu, kebijaksanaan aqal, keupayaan daya kreativiti dan inovativiti merupakan hikmah yang boleh diterokai bersama. Namun yang penting pelajar perlu sedari bahawa adanya kita di muka bumi adalah untuk menjadi hamba untuk beribadah kepada Allah. Hubungan kita dengan Allah adalah di antara yang Al-Khaliq (Maha Pencipta) dan makhluq (yang dicipta). Sehebat mana pun pelajar dapat belajar dan membangunkan apa sahaja inovasi dan kreativiti daripada ilmu itu adalah untuk mengingatkan bahawa Allah adalah yang Maha Hebat dan Maha Sempurna.

(2) Teguh dalam menerima prinsip yang disepakati,

Pelajar perlu sedar bahawa ketika menerima tawaran sebagai pelajar, ada beberapa prinsip yang telah diwujudkan oleh pihak Unniversiti dan diterima oleh pelajar, dimana prinsip itu perlu disepakati dan tidak boleh diabaikan. Universiti adalah tempat untuk mempertahankan kebenaran dan menolak kebatilan. Apa sahaja kebenaran daripada prinsip yang termaktub di dalam falsafah penubuhan univerisiti yang selari dengan yang Maha Pencipta itu akan sentiasa menjadi benar. Adapun prinsip yang tidak benar itu sebenarnya tidak selari dengan yang Maha pencipta. Proses perjalanan pelajar melalui platform institusi pengajian tinggi adalah satu proses mengukuhkan dan menanam nilai-nilai kebenaran. Ia perlu diteguhkan di dalam setiap tindakan

(3) Kreatif dalam membuat keputusan bersama,

Adakala di dalam membuat keputusan yan kritikal ketika menghadapi keadaan yang getir, pelajar perlu membuat keputusan. Pelajar perlu belajar berada di dalam organisasi univerisiti belajar untuk membuat keputusan secara bersama yang berpaksikan kepada prinsip yan benar. Ini adalah salah satu metod ijtimai’ iaitu membawa idea dan aspirasi secara berkumpulan dan bermasyarakat. Pembinaan karakter “teamworking” di dalam membuat keputusan penting bersama mengajar pelajar mengasah bakat kepimpinan samada kepimpinan keluarga, masyarakat, negara bahkan ia boleh memberi kesan kepada dunia secara amnya. Nilai ini selari dengan Islam iaitu prinsip syura di dalam perkara yang tidak ada nas dari wahyu.

(4) Cekal dalam menghadapi cabaran,

Setiap laluan kehidupan akan ada ujian dan cabaran-cabaran yan tidak terduga. Cabaran akan menguji pelajar bersifat cekal mencari jalan keluar dengan cara yang benar bukan dengan jalan matlamat menghalalkan cara. Cabaran akademik bagi pelajar adalah sangat genting ketika pentasksiran terutamanya ketika peperiksaan akhir. Pelajar perlu cekal belajar dan mengambil peperiksaan tanpa perlu mengambil jalan mudah seperti meniru di dalam peperiksaan semata-mata untuk mengekalkan kecemerlangan akademik. Ini adalah salah satu faktor yang menyebabkan berlaku penyelewengan setelah pelajar bergraduasi dan bekerja di alam pekerjaan. Keruntuhan nilai boleh membawa kepada kehancuran masyarakat dan negara.

(5) Proaktif di dalam mengambil tindakan.

Pelajar perlu menjadi proaktif dengan cakna dengan isu semasa bukan hanya menunggu syarahan daripada pensyarah di bilik-bilik atau dewan-dewan kuliah. Wujudkan sifat suka mengkaji, mendalami dan menghayati isu-siu di luar bilik kuliah supaya ilmu yang didapati itu menjadi lebih bermakna dan dijalinknkan menjadi ilmu yang praktikal yang diberi manfaat kepada manusia.

Semoga kita semua menjadi insan yang selalu berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan kesabaran dan menjadi agen perubahan.

Selamat Menjalani Alam Menara Gading

Muhammad Sharfi Najib

Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Universiti Malaysia Pahang.