FKEE - Official Portal

FACULTY OF ELECTRICAL &
ELECTRONICS ENGINEERING

SOALAN:

   

Berapa banyakkah program ijazah sarjana muda ditawarkan di Fakulti ini?

     

JAWAPAN:

 

Pada masa sekarang, pihak Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik mempunyai 4 program peringkat Ijazah Sarjana Muda iaitu:

Sepenuh Masa

1) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektronik) dengan kepujian -BEE

2) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Sistem Kuasa) dengan kepujian -BEP

3) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektronik) dengan kepujian –BEC

Separuh Masa

1) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektronik) dengan kepujian -BEE

  

   

 

SOALAN:

 

Saya hendak bertanya sama ada pihak FKEE ada menawarkan program sarjana secara kursus?

 

  

 

JAWAPAN:

 

FKEE akan menawarkan 1 Program Sarjana secara Kerja Kursus iaitu:

1) Sarjana Kejuruteraan Elektrik (M. Eng. Electrical)

     

SOALAN:

 

Apakah syarat-syarat kemasukan ke program diploma fakulti ini?

 

  

 

JAWAPAN:

 

Syarat-syarat kemasukan ke Program Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik Industri)-DEE adalah:

SYARAT AM UNIVERSITI

Lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya KEPUJIAN (GRED C) dalam Bahasa Melayu

SYARAT KHAS PROGRAM

1) Memenuhi Syarat AM UNIVERSITI

2) Lulus dengan memiliki Sijil atau setaraf dalam bidang berkaitan dari Institusi yang diiktiraf oleh Senat Universiti dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00

3) Calon tidak cacat anggota sehingga menyukarkan kerja-kerja amali

4) Mendapat sekurang-kurangnya KEPUJIAN (GRED C) dalam mata pelajaran Matematik di peringkat SPM.